Tel : 013-9093598

Monday, October 17, 2011



Persekolahan tahun 2011 sudah sampai dipenghujung. Tugas masih belum selesai dalam mendidik jiwa pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan agama.


Perlu diingat kepada semua warga pendidik . Diri perlu ada nawaitu yang luhur bagi mendidik anak bangsa ke arah yang terbaik yang di redhai oleh S.W.T

Thursday, May 19, 2011

kerisauan melanda apabila

1. dunia semakin panas-
2. jiwa dan hati pelajar pelajar semakin meracau dan keras.
3. semakin ramai umat manusia tidak menunaikan solat
4. paras air laut semakin meningkat
5.bahan makanan semakin berkurangan di bumi ini
6.nyawa semakin tiada nilai
7. jiwa pendidik semakin lemah
8. peraturan hanya tinggal peraturan

Friday, December 10, 2010

BACK TO SCHOOL -2011

Aiman will be in standard 1 at Sekolah Rendah Kebangsaan Dato Hashim 1 - 2011- gud luck

Thursday, December 2, 2010

KEJADIAN MANUSIA

Manusia dicipta dari pelbagai tanah. Tanah tanah tersebut ialah

1. Tanah Baitulmuqaddis -dijadikan kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal.

2. Tanah Bukit Tursina Mesir - dijadikan telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat.

3. Tanah Iraq - dijadikan dahi sebagai tempat sujud kepada Allah

4. Tanah Yaman - dijadikan muka sebagai tempat berhias dan kecantikan.

5. Tanah Telaga Al- Kauthar - dijadikan mata sebagai tempat menarik perhatian.

6 Tanah Al-Kauthar - dijadikan gigi sebagai tempat memanis-manis.

7. Tanah Kaabah ( Mekkah ) - dijadikan tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan berkerjasama.
8. Tanah Perancis - dijadikan tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak.

9. Tanah Khurasan ( Iran ) - dijadikan perut sebagai tempat berlapar dan diisikan makanan dan minuman sekadarnya.
10. Tanah Babylon - dijadikan alat kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu dan tempat yang mudah sekali di goda oleh syaitan.

11. Tanah Tursina Mesir - dijadikan tulang sebagai bingkai peneguh diri manusia.

12. Tanah India - dijadikan kaki sebagai anggota untuk berdiri dan berjalan.

13. Tanah syurga - dijadikan hati sebagai tempat keyakinan ,keimanan dan kemahuan.

14. Tanah Taif ( Arab Saudi ) - dijadikan lidah sebagai tempat untuk mengucap syahadah ,bersyukur dan berdoa.

ITU LAH DIA MANUSIA KEJADIAN ALLAH S.A.W... DARI TANAH KITA DATANG ,KEPADA TANAH KITA KEMBALI.

Tuesday, November 30, 2010

Mangga Maragua

Pokok Mangga Maragua di Belakang rumah ku
Buah mangga yang belum masak


Pokok Manga ini kecil tetapi buah nya besar dan rasa nya ada manis ada kurang manis. Pokok ini di beli semasa ku berada di UPM tahun 1983.

Thursday, November 25, 2010

majlis ihtifal taski Al hilai


semuanya bermula dari FB

Kekadang rasa tak percaya akan diri ini dapat bertemu kembali dengan kawan kawan zaman kanak kanak dan juga semasa remaja dahulu..Semuanya bermula dari fb.

Minat ku pada fb semakin mendalam walaupun sebelum ini aku rasa fb hanya mainan remaja .

Sangkaan ku meleset kerana pada satu hari ku membuka fb ku dan ku dapati ramai yang memasuki ruang fb ku untuk menjadi kawan fb.. Bermula dengan kawan ku yang begitu lama tidak bertemu ( 30 tahun lebih )bernama Tuan Saifuzi yang menyapa diri ku... Dari situ lah maka bermulanya kenalan2 lain memasuki fb ku. Ku mula mencari gambar foto tahun 70an dan gambar semasa zaman persekolahan untuk dimuatkan ke dalam fb ku untuk di kongsi bersama dengan rakan rakan seangkatan..

Ternyata rakan-rakan ku dahulu semuanya berjaya dalam hidup... Ku gembira dan ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada mereka semua.

Saturday, May 15, 2010

HARI GURU 2010

Guru diperjuangan yang suci jika guru tersebut dapat mempertahankan martabat perguruan.
Pendidik atau guru itu adalah

1. Muaalim - penyampai ilmu yang benar
ii. Muaadib - memainkan peranan mendidik adab kesopanan
iii. Mursyid - mendidik ke jalan hidup yang betul dan benar ( bina kearah kecerdikan )
iv. Murrabi - meningkatkan peribadi atau sahsiah
v. Mudarris - memberi ilmu dan kemahiran

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA RAKAN SEPERJUANGAN.

BUNGA HARI IBU

Sekuntum bunga buatan sendiri hasil tunjuk ajar guru tadika nya di sekolah sebagai hadiah sempena hari ibu kepada emaknya.

Saturday, May 8, 2010

AIMAN AND SUPER BIKE

Penantian selama 5 bulan untuk memiliki sebuah basikal idaman berakhir. Walaupun Aiman sebelum ini tidak pandai menaiki basikal dia tetap tabah berlatih dan berlatih. Acap kali terjatuh semasa cuba menaiki basikal ,ada pada satu ketika dia terjatuh dalam longkang tetapi dia tetap cekal dan akhirnya berjaya menungang basikal dengan baik.

"A PROUD BIKER "

Wednesday, May 5, 2010

LASER GUN

aIMAN WITH HIS NEW LIGHT AMPLIFIED STIMULATED EMISSION OF RADIATON(laser ) GUN... He is very excited with it. He seems to be unseparatable with his new love.

Friday, March 26, 2010

kursus kepimpinan 1 malaysia ,permai resort


Kursus ini bermula pada 24 Mac hingga 26Mac 2010 . Peserta yang terlibat terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengurusi serta Setiausaha Kelab dan Persatuan serta Badan Beruniform sekolah. Kursus ini dianjurkan bersama SMKPC! dan UMK . Jumlah peserta kursus ialah seramai 115 orang .



Thursday, March 11, 2010

syahirah SPM result 2009

AYAH MENGUCAPKAN TAHNIAHDAN PENUH KESYUKURAN DIATAS KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM SPM 2009. SEMOGA KEJAYAAN INI MENJADI SUMBER INSPIRASI KEPADA ABY, DIK,NING DAN AIMAN.

Wednesday, March 3, 2010


Everyday's lesson begins with the reciting of the above surah inorder to help the students who are still unable to memorize the surah for subuh prayer.

Saturday, January 30, 2010

swimming pool


Hajat untuk berenang di kolam yang berharga RM25 sudah tercapai oleh Aiman. Seharian dia ermain dalam kolam. Kegembiraan jelas terpancar seperti itik mendapat air.

Friday, January 8, 2010

Anion- High Technology Sanitary napkin





Anion adalah napkin yang berteknologi tinggi mempunyai lapisan cas negatif yang mampu menarik bahan toksik dan lapisan dinding uterus yang rosak semasa haid. Mengatasi merebaknya pembiakan bakteria dalam rahim yang boleh menyebabkan keputihan malah oleh menghilangkan keputihan,sakit sengugut dan banyak lagi masaalah yang dihadapi oleh kaum wanita. Napkin ini diperbuat daripada kapas yang bermutu dan dapat menyerap cecair yang banyak dan pemakai yang memakainya selesa kerana nipis dan lembut. Napkin ini ada tiga jenis - pack berwarna biru untuk siang hari , warna purple untuk malam dan yang berwarna hijau ialah pentiliner. Kelebihan napkin ini boleh dipakai oleh kaum lelaki ( guna pentiliner) jika ada masalah kelenjar prostat.
Direct selling - Untuk memndapatkan napkin ini hubungilah Zainun Zaid( Tel : 09-7739258 atau 013 9351517) isteri saya sebagai pengedar tunggal di Kota Bharu. Laris Laris

Wednesday, January 6, 2010

Persekolahan tahun 2010

Persekolahan bagi tahun 2010 baharu sahaja bermula pada 3 Januari 2010 . Dari kaca mata saya murid sekolah sekarang amat berbeza dengan murid sekolah zaman tahun 80an atau 90an bukan dari rupa paras tetapi dari segi kerohanian. Amat membimbangkan dengan gelagat sebahagian murid yang semakin keras hati dan tidak menghormati guru ,bertindak kasar, tanpa hala tuju, kurang didikan agama dari keluarga dan pengaruh keadaan sekeliling.

Dahulu hari pertama persekolahan,murid murid begitu berdisiplin, tidak agrasif dan senyap. Suasana sekolah begitu senyap tetapi berbeza sekarang di mana hari pertama persekolahan murid murid begitu agresif.

Sunday, January 3, 2010

2010


SELAMAT TAHUN BARU 2O10



Thursday, December 31, 2009

Tasik Kenyir



Menjamu selera di Tasik Kenyir- bawa bekalan dari rumah

Monday, December 28, 2009

PERANGKAP

Perangkap kucing hasil ciptaan Aiman... Seharian dia membuat perangkap ini konongnya hendak menangkap Bento kucing kesayangannya sendiri. Yang melucukan nya makanan dalam perangkap habis dimakan oleh Bento tetapi perangkap tidak tertutup.

TASIK KENYIR VIEW




KURSUS PROFESIONALISME PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 2009

Kursus Peningkatan Profesionalism PK Ko diadakan di De Rru Resort Kuantan, Pahang selama 4 hari dari 3Dec hingga 6 Dec 2009. Antara perkara yang diutarakan ialah:-

1. Pengurusan sukan
2. Pengurusan Permainan dan Pertandingan
3. Pengurusan Badan Beruniform dan Aktiviti Perkhemahan - prosedur pergerakan pelajar di
perketatkan untuk menjamin keselamatan pelajar semasa aktivi luar.
4. Peranan KoKurikulum dalam kecemerlangan sekolah
5. Permarkahan 10% aktiviti kokurikulum untuk kemasukan ke IPTA.
6. Pengurusan Kelab dan Persatuan

Percutian di tasik kenyir

Pada 21 Dec 2009 kami sekeluarga bercuti di tasik kenyir Trengganu. Kami sekeluarga menjelajah tasik kenyir menaiki bot dengan bayaran sebanyak RM60 sahaja.. Takut tapi seronok. Alahamdulillah selepas 30 minit meredah tasik yang luas kami selamat sampai di jeti.

Saturday, November 28, 2009

tuisyen musim cuti

pelajar lelaki sedang asyik menyiapkan kerja yang dieri

Sunday, November 22, 2009

Tidak terfikirkah kita

Tidak terfikirkah kita tentang alam sekitar kita yang kian musnah akibat aktiviti manusia yang rakus dan tidak rakus... cukup dengan sampah yang dibuang oleh setiap kita yang tidak rakus. Kita yang tidak rakus ini terpaksa membuang sampah kerana sampah bukan harta atau barangan perhiasan rumah.Sampah yang sukar reput ( decay )akan terus berada seperti dahulu juga dan bagaimana bumi kita hendak menampung sampah yang sukar reput ini. Mangsa sampah ialah generasi kita yang akan datang.
Sungai dahulu luas sekarang semakin sempit dan yang pasti akan bertambah sempit ini mengurangkan sumber air bumi untuk generasi akan datang.Ekosistem bumi semakin tidak stabil dan ini akan menjejaskan kehidupan manusia..fikirlah .. tak larat dah nak fikir.

Saturday, November 21, 2009

BELAJAR DARI TIDAK TAHU KEPADA TAHU

Setiap insan perlu memiliki ilmu untuk kebahagian di dunia dan di akhirat. Jika kita tidak tahu maka kita perlu belajar dan bertanya kepada mereka yang tahu supaya kita jadi tahu perkara atau pelajaran yang kita tidak tahu. Mereka yang tahu pula hendaklah memberitahu atau ajar mereka yang tidak tahu supaya yang tidak tahu menjadi tahu.

Wednesday, November 18, 2009

Tn. Hj Razali Ismail selepas pembedahan coronary

Saya amat bersyukur dan rasa gembira setelah melihat Tn.Hj Razali dalam keadaan yang cukup sihat setelah menjalani pembedahan coronary jantung pada 14th Nov 2009 di HUSM . Rakaman gambar ini di ambil di wad exclusif HUSM pada 19th nov 2009 setelah 5 hari sesudah menjalani pembedahan. Dikatakan pembedahan coronary beliau bermula dari jam 9 am dan selesai pada jam 4 pm (7 jam ).

Monday, November 16, 2009

MAJLIS IHTIFAL TASKI AL-HILAI-

AIMAN MENERIMA HADIAH AKADEMIK TEMPAT ke 2
AIMAN SEBAGAI PENYANYI SOLO PERSEMBAHAN NASYID DENGAN
LAGU " WE ARE SO HAPPY"

Wet wet friday


Waist deep wadding to visit Abang Ariffin who is going to perform the haj ,kampung Cetok Pasir Mas 6th Nov 2009

Saturday, November 14, 2009

Masalah jantung yang lemah disebabkan saluran coronary arteri tersumbat kerana salur arteri tersekat dengan kolestrol tinggi. Tn. Hj. Razali Ismail (Lee) Penolong pegawai PPD KB pengurusan akademik mengalami saluran arteri tersumbat dan disahkan oleh doktor ada 3 saluran saluran tersumbat.Beliau telah pun menjalani pembedahan awal pagi Sabtu 14 nov 2009 dan Allahamdullilah pembedahan Coronary by pass telah berjaya dan beliau dalam keadaan yang cukup stabil. -- Iringan Doa agar kawan ku ini cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya seperti biasa.

Wednesday, November 11, 2009

REKOD KEMAJUAN NIK MUHD AIMAN

KEPUTUSAN PENILAIAN AKHIR TAHUN 2009 DI TASKI AL-HILAL BAGI PELAJAR
UMUR 5 TAHUN







1. HAFAZAN DOA - 87 (A)
2. HAFALAN MUQUADDAM - 80 (A)
3. HAFALAN YASSIN - 85 (A)
4. BAHASA ARAB - 94 (A)
5. BAHASA MALAYSIA - 99 (A)
6. ENGLISH - 98 (A)
7. PELAJARAN JAWI - 91 (A)
8. SCIENCE - 98 (A)
9. MATHEMATIC - 100(A)
10.LUKISAN - 75 (B)
11.KEBERSIHAN - (A)

JUMLAH MARKAH 917/1000
PERATUS : 91.7%
KEDUDUKAN DALAM KELAS : 2/14

TAHNIAH AYAH UCAPKAN KEPADA AIMAN - U ARE THE BEST

Sunday, November 8, 2009

BOLA OH BOLA

Bola bulat. kita sepak atau tidak bola tetap bulat.Apa yang menyedihkan Kelantan tidak dapat mengecapi juara Piala Malaysia bagi tahun 2009 ,kalau lah bola bentuknya empat segi mungkin Kelantan boleh menang.Walau apa pun keputusan yang diperolehi,penyokong kelantan yang ekstrim tetap akan merusuh , Secara peribadi saya mengucapkan syabas kepada pasukan Kelantan kerana berjaya memasuki final . Moto "Gomo kelate Gomo" patut ditukar kepada moto " merusuh kelantan merusuh "

Monday, November 2, 2009

wedding

PERIHAL MANUSIA YANG BERJENAMA MELAYU

Semua sedia maklum, bumi malaysia adalah bumi orang melayu sebab itu di panggil Tanah Melayu sebelum merdeka. Orang melayu manusia yang unik, yang rajin tetap rajin, yang suka meniru bangsa lain pun ada, yang malas paling banyak sebab itu melayu di tanah sendiri tidak maju. Orang melayu keras hati sukar dibentuk, nasihat atau teguran tidak mahu diendah dan tidak mahu memajukan diri kalau ada pun segelintir sahaja yang setanding dengan bangsa lain. Diberi pekerjaan, kerja sambil lewa dan suka berfoya-foya , manusia melayu sebenarnya banyak angan-angan, ada duit sikit mula besar diri dan lupa daratan ,kerja pun diabaikan,jika dimarah kerana kesalahan yang dilakukan mula maik angin dan setengahnya mula boikot kerja dan ada yang pendek akal berhenti kerja maka susah lah majikan mencari pekerja baru. Di beri peluang kerja tak nak maka ramai lah pendatang asing datang mengambil alih kerja-kerja yang sepatutnya diisi oleh warganegara.Maka muncullah Bangla dan Indon yang mengotori negara Malaysia yang sekarang ni 1Malaysia. Satu lagi sikap Melayu,agama saja Islam tetapi pengotor amat dan suka tengok pemandangan yang hodoh dan tengok benda yang buruk.

Pandangan saya.

Thursday, October 29, 2009

Sunday, October 25, 2009

Amalan Untuk Kesihatan Badan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Cubalah amalkan tip kesihatan ini InshaAllah kesihatan diri anda akan lebih baik.

Saturday, October 24, 2009


“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

PESTA KOKURIKULUM - BHG 2

Friday, October 23, 2009