Tel : 013-9093598

Wednesday, January 6, 2010

Persekolahan tahun 2010

Persekolahan bagi tahun 2010 baharu sahaja bermula pada 3 Januari 2010 . Dari kaca mata saya murid sekolah sekarang amat berbeza dengan murid sekolah zaman tahun 80an atau 90an bukan dari rupa paras tetapi dari segi kerohanian. Amat membimbangkan dengan gelagat sebahagian murid yang semakin keras hati dan tidak menghormati guru ,bertindak kasar, tanpa hala tuju, kurang didikan agama dari keluarga dan pengaruh keadaan sekeliling.

Dahulu hari pertama persekolahan,murid murid begitu berdisiplin, tidak agrasif dan senyap. Suasana sekolah begitu senyap tetapi berbeza sekarang di mana hari pertama persekolahan murid murid begitu agresif.