Tel : 013-9093598

Thursday, December 31, 2009

Tasik Kenyir



Menjamu selera di Tasik Kenyir- bawa bekalan dari rumah

Monday, December 28, 2009

PERANGKAP

Perangkap kucing hasil ciptaan Aiman... Seharian dia membuat perangkap ini konongnya hendak menangkap Bento kucing kesayangannya sendiri. Yang melucukan nya makanan dalam perangkap habis dimakan oleh Bento tetapi perangkap tidak tertutup.

TASIK KENYIR VIEW




KURSUS PROFESIONALISME PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 2009

Kursus Peningkatan Profesionalism PK Ko diadakan di De Rru Resort Kuantan, Pahang selama 4 hari dari 3Dec hingga 6 Dec 2009. Antara perkara yang diutarakan ialah:-

1. Pengurusan sukan
2. Pengurusan Permainan dan Pertandingan
3. Pengurusan Badan Beruniform dan Aktiviti Perkhemahan - prosedur pergerakan pelajar di
perketatkan untuk menjamin keselamatan pelajar semasa aktivi luar.
4. Peranan KoKurikulum dalam kecemerlangan sekolah
5. Permarkahan 10% aktiviti kokurikulum untuk kemasukan ke IPTA.
6. Pengurusan Kelab dan Persatuan

Percutian di tasik kenyir

Pada 21 Dec 2009 kami sekeluarga bercuti di tasik kenyir Trengganu. Kami sekeluarga menjelajah tasik kenyir menaiki bot dengan bayaran sebanyak RM60 sahaja.. Takut tapi seronok. Alahamdulillah selepas 30 minit meredah tasik yang luas kami selamat sampai di jeti.

Saturday, November 28, 2009

tuisyen musim cuti

pelajar lelaki sedang asyik menyiapkan kerja yang dieri

Sunday, November 22, 2009

Tidak terfikirkah kita

Tidak terfikirkah kita tentang alam sekitar kita yang kian musnah akibat aktiviti manusia yang rakus dan tidak rakus... cukup dengan sampah yang dibuang oleh setiap kita yang tidak rakus. Kita yang tidak rakus ini terpaksa membuang sampah kerana sampah bukan harta atau barangan perhiasan rumah.Sampah yang sukar reput ( decay )akan terus berada seperti dahulu juga dan bagaimana bumi kita hendak menampung sampah yang sukar reput ini. Mangsa sampah ialah generasi kita yang akan datang.
Sungai dahulu luas sekarang semakin sempit dan yang pasti akan bertambah sempit ini mengurangkan sumber air bumi untuk generasi akan datang.Ekosistem bumi semakin tidak stabil dan ini akan menjejaskan kehidupan manusia..fikirlah .. tak larat dah nak fikir.

Saturday, November 21, 2009

BELAJAR DARI TIDAK TAHU KEPADA TAHU

Setiap insan perlu memiliki ilmu untuk kebahagian di dunia dan di akhirat. Jika kita tidak tahu maka kita perlu belajar dan bertanya kepada mereka yang tahu supaya kita jadi tahu perkara atau pelajaran yang kita tidak tahu. Mereka yang tahu pula hendaklah memberitahu atau ajar mereka yang tidak tahu supaya yang tidak tahu menjadi tahu.

Wednesday, November 18, 2009

Tn. Hj Razali Ismail selepas pembedahan coronary

Saya amat bersyukur dan rasa gembira setelah melihat Tn.Hj Razali dalam keadaan yang cukup sihat setelah menjalani pembedahan coronary jantung pada 14th Nov 2009 di HUSM . Rakaman gambar ini di ambil di wad exclusif HUSM pada 19th nov 2009 setelah 5 hari sesudah menjalani pembedahan. Dikatakan pembedahan coronary beliau bermula dari jam 9 am dan selesai pada jam 4 pm (7 jam ).

Monday, November 16, 2009

MAJLIS IHTIFAL TASKI AL-HILAI-

AIMAN MENERIMA HADIAH AKADEMIK TEMPAT ke 2
AIMAN SEBAGAI PENYANYI SOLO PERSEMBAHAN NASYID DENGAN
LAGU " WE ARE SO HAPPY"

Wet wet friday


Waist deep wadding to visit Abang Ariffin who is going to perform the haj ,kampung Cetok Pasir Mas 6th Nov 2009

Saturday, November 14, 2009

Masalah jantung yang lemah disebabkan saluran coronary arteri tersumbat kerana salur arteri tersekat dengan kolestrol tinggi. Tn. Hj. Razali Ismail (Lee) Penolong pegawai PPD KB pengurusan akademik mengalami saluran arteri tersumbat dan disahkan oleh doktor ada 3 saluran saluran tersumbat.Beliau telah pun menjalani pembedahan awal pagi Sabtu 14 nov 2009 dan Allahamdullilah pembedahan Coronary by pass telah berjaya dan beliau dalam keadaan yang cukup stabil. -- Iringan Doa agar kawan ku ini cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya seperti biasa.

Wednesday, November 11, 2009

REKOD KEMAJUAN NIK MUHD AIMAN

KEPUTUSAN PENILAIAN AKHIR TAHUN 2009 DI TASKI AL-HILAL BAGI PELAJAR
UMUR 5 TAHUN







1. HAFAZAN DOA - 87 (A)
2. HAFALAN MUQUADDAM - 80 (A)
3. HAFALAN YASSIN - 85 (A)
4. BAHASA ARAB - 94 (A)
5. BAHASA MALAYSIA - 99 (A)
6. ENGLISH - 98 (A)
7. PELAJARAN JAWI - 91 (A)
8. SCIENCE - 98 (A)
9. MATHEMATIC - 100(A)
10.LUKISAN - 75 (B)
11.KEBERSIHAN - (A)

JUMLAH MARKAH 917/1000
PERATUS : 91.7%
KEDUDUKAN DALAM KELAS : 2/14

TAHNIAH AYAH UCAPKAN KEPADA AIMAN - U ARE THE BEST

Sunday, November 8, 2009

BOLA OH BOLA

Bola bulat. kita sepak atau tidak bola tetap bulat.Apa yang menyedihkan Kelantan tidak dapat mengecapi juara Piala Malaysia bagi tahun 2009 ,kalau lah bola bentuknya empat segi mungkin Kelantan boleh menang.Walau apa pun keputusan yang diperolehi,penyokong kelantan yang ekstrim tetap akan merusuh , Secara peribadi saya mengucapkan syabas kepada pasukan Kelantan kerana berjaya memasuki final . Moto "Gomo kelate Gomo" patut ditukar kepada moto " merusuh kelantan merusuh "

Monday, November 2, 2009

wedding

PERIHAL MANUSIA YANG BERJENAMA MELAYU

Semua sedia maklum, bumi malaysia adalah bumi orang melayu sebab itu di panggil Tanah Melayu sebelum merdeka. Orang melayu manusia yang unik, yang rajin tetap rajin, yang suka meniru bangsa lain pun ada, yang malas paling banyak sebab itu melayu di tanah sendiri tidak maju. Orang melayu keras hati sukar dibentuk, nasihat atau teguran tidak mahu diendah dan tidak mahu memajukan diri kalau ada pun segelintir sahaja yang setanding dengan bangsa lain. Diberi pekerjaan, kerja sambil lewa dan suka berfoya-foya , manusia melayu sebenarnya banyak angan-angan, ada duit sikit mula besar diri dan lupa daratan ,kerja pun diabaikan,jika dimarah kerana kesalahan yang dilakukan mula maik angin dan setengahnya mula boikot kerja dan ada yang pendek akal berhenti kerja maka susah lah majikan mencari pekerja baru. Di beri peluang kerja tak nak maka ramai lah pendatang asing datang mengambil alih kerja-kerja yang sepatutnya diisi oleh warganegara.Maka muncullah Bangla dan Indon yang mengotori negara Malaysia yang sekarang ni 1Malaysia. Satu lagi sikap Melayu,agama saja Islam tetapi pengotor amat dan suka tengok pemandangan yang hodoh dan tengok benda yang buruk.

Pandangan saya.

Thursday, October 29, 2009

Sunday, October 25, 2009

Amalan Untuk Kesihatan Badan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Cubalah amalkan tip kesihatan ini InshaAllah kesihatan diri anda akan lebih baik.

Saturday, October 24, 2009


“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

PESTA KOKURIKULUM - BHG 2

Friday, October 23, 2009

Wednesday, October 21, 2009

كن عالما او متعلمن او مستمعا او محبا ولا تكن خامسا فتهلك
Jadilah kamu orang yang berilmu( Alim) atau yang sentiasa belajar atau sentiasa mendengar didalam program ilmu atau yang mencintai suasana keilmuan dengan membantu dan turut gembira dengan budaya ilmu tetapi jangan jadi golongan kelima , kerana ianya akan membinasakan kamu....

PERKAHWINAN SEPUPU ISTERI

Tuesday, October 20, 2009

Monday, October 19, 2009

DUGAAN HIDUP

Rahmat Allah S.W.T terlalu besar terhadap setiap kita. Tetapi kita terlalu lalai dan asik dengan kehidupan duniawi yang tidak kekal ini. Keinginan kearah perkara yang tidak baik melebihi mentaati perintah Allah S.W.T. Keimanan, kesucian hati sahaja yang dapat mengatasi hasutan syitan yang direjam agar kita selalu mengingati Allah S.W.T.
Semakin kuat keimanan kita semakin kuat dugaan dan godaan yang mendorong kearah kejahatan . Kita perlu kuat dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan yang tidak berkesudahan. Berhentinya kita dari aktiviti duniawi apabila di masukkan ke dalam tanah sedalam enam kaki.
DUNIA INI BUKAN MILIK KITA, SEKEPING TANAH YANG KITA DUDUKI JUGA BUKAN MILIK KITA. MILIK KITA IALAH BEKALAN KEIMANAN DAN TAKWA DIAKHIRAT NANTI

Friday, October 16, 2009


SPAIN

QARIN( jin )

Qarin adalah jin ciptaan Allah sebagai pendamping kita. Boleh dikatakan ia sebagai saudara KEMBAR kita. Setiap kita yang dilahirkan ke dunia ini ada qarinnya sendiri.Qarin Rasulullah adalah muslim namakala yang lainnya adalah kafir.

BIODATA MUSUH KITA :

Nama : Iblis
Tempat Tinggal : Hati yang lalai,tempat maksiat , tempat kotor ( Tandas )
Keluarga : JIn,Syaitan
Tempat Kembali : Neraka Jahanan
Pangkat : Fasik darjah pertama
Agama : Kufur
Kerja :Menyuruh kepada kemungkaran dan maksiat

TANDA TANDA JIN DATANG KEPADA KITA:

* Mengeletar dan timbul urat-urat leher
* Matanya memandang dengan pandangan yang sangat tajam
* Menjerit dengan suara yang kuat
* Kesemua jari kaki dan tangan mengeletar
* Keluar air mata dan menangis dengan suara yang tinggi
* Menguap yang berterusan
* minta berhenti daripada meneruskan bacaan alquraan
* Terasa sesuatu bergerak di dalam perut
* Tekanan darah yang terlalu laju
* Badan tercalar seperti di guris dengan benda tajam

Thursday, October 15, 2009

HOMESTAY AT PERAK



RAUDAH HOMESTAY IS A NICE REST HOUSE FOR U DURING YOUR VACATION

PRICE : RM150 ++

Wednesday, October 14, 2009

You never actually own this picture,
You merely look after it until dooms day

family


flora & fauna-bukit merah lake town resort



Tuesday, October 13, 2009

sepupu Isteri Kahwin




PERCUTIAN DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Sedang memegang ular sawa - laketown resort
AMALINA DAN ISTERI - Taman Tasik Taiping

ALYA (dEK) & HIDAYAH(tEH ) -Taman Tasik Taiping